Thursday, July 23, 2009

PUSAT KAUNSELING PERUNDANGAN DAN PENGURUSAN HARTA/WASIAT

DEFINISI
Pusat khidmat kaunseling perundangan dan bimbingan pengurusan harta adalah dibawah kelolaan sekretariat Biro Kemasyarakatan & Ngo Umno Bahagian Pasir Gudang.
Ia merupakan pusat khidmat komuniti bagi penerimaan aduan dan perbincangan berkaitan masaalah yang dihadapi oleh berbagai lapisan masyarakat dalam usaha mengatasi atau penyelesaian menerusi bimbangan dan nasihat.

PERANAN DAN SASARAN
Bersedia membantu memberi khidmat kaunseling perundangan didalam aspek sivil, Syarie dan harta wasiat, khususnya untuk membantu membuat keputusan pada peringkat awal apabila masaalah atau sesuatu perkara itu timbul.
Golongan sasaran adalah terdiri daripada Masyarakat didalam parlimen pasir gudang yang mempunyi masaalah dari segi perundangan sivil didalam aspek perniagaan, jual beli barangan, perolehan/pelupusan harta, kontrak, Pengurusan harta pusaka /wasiat dan jenayah kecil.
Bagi segi perundangan Syarie mereka yang menghadapi masaalah berkaitan Rumahtangga, Penceraian, Gangguan sesual terutama terhadap golongan wanita.

OBJEKTIF

  • Mempromosikan imej baru dan nama baik umno
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pengorbanan dan peranan Umno dalam berkhidmat untuk Rakyat
  • Membantu kearah kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat secara pendidikan, pencegahan, permulihan dan pengembangan potensi.
  • membantu individu yang bermasalah agar bersifat proaktif dan asertif.
  • Memberi semangat agar berani dan bersedia menghadapi cabaran.
  • Membantu seseorang yang bermasaalah membentuk set minda yang sihat agar dia dapat mengawal dirinya supaya menjadi lebih berkeyakinan, mempunyi mental positif dan mengorientasikan segala kegiatannya kepada peningkatan sahsiah sebagai insan terpuji.

PERKHIDMATAN

Perundangan Syarie

  • Nikah Kahwin/Nusyuz
  • Ithbat Nikah/Tuntutan Eddah
  • Penceraian/Mutaah/Harta Sepencarian
  • Hak menjaga anak(Hadhanah) Nafkah Anak
  • Masaalah Rumahtangga

Perundangan Sivil

  • Perniagaan
  • Jualbeli Barangan
  • Perolehan/Pelupusan Harta
  • Perjanjian Kontrak
  • Kemalangan
  • Jenayah Kecil

Perundangan harta & wasiat

  • Perancangan harta pusaka dan penyediaan dokumen wasiat
  • Pengurusan Harta Pusaka tampa wasiat
  • Khidmat nasihat Insuran/Takaful/Faraid

PIAGAM PELANGGAN

  • Menerima setiap aduan orang ramai tampa prasangka
  • Melayani setiap pengadu yang hadir ke pejabat mengikut jadual yang telah ditetapkan
  • Membuat rujukan
  • Penamatan dan sesi susulan (Jika Perlu)
  • Kesukarelaan
  • Tidak menerima sebarang aduan terhadap mana-mana agensi kerajaan yang tidak membawa sebarang tanggungjawab professional

TAKRIF ADUAN

Bimbingan dan nasihat untuk tindakan yang sewajarnya melainkan jika tiada tindakan yang perlu diambil kerana kelewatan atau tindakan yang berkenaan akan menyebabkan ketidakadilan.

PROSES KAUNSELING

  • Segala Maklumat dirasiakan (tiada rakaman dibuat)
  • Setiap sesi dijalankan selama 15-30 Minit
  • pengadu bebas meluahkan segala masaalah yang dihadapi
  • Memberi nasihat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik
  • Sesi ditamatkan apabila nasihat diberikan

PANDUAN

  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya di Parlimen Pasir Gudang
  • Setiap aduan/runding cara diterima semata-mata sebagai khidmat nasihat tampa apa-apa liabiliti/prejudis
  • pengadu perlu hadir dan mengisikan borang khas untuk maklumat peribadi (lampiran A) dan ringkasan masaalah yang perlu untuk mendapat nasihat
  • Segala aduan perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan pihak kami menilai kedudukanya dengan cara terbaik untuk membantu.

No comments: